My Herba Hijau Garden: Potensi industri herba di Malaysia

29 Feb 2016

Potensi industri herba di Malaysia

Telah lama aku menyepi untuk blog ini, rasa tak senang duduk pulak, takut blog ini digelar blog sarang labah-labah, 

Hai, semua, masih ingat keladi tak, #confirm tak ingat, tak ingat tak mengapa asalkan korang terus mengikuti blog herba hijau garden ni, saja, nak promosi bagi gempak blog ni, hari ini keladi cuma nak share tentang Potensi industri herba di Malaysia, boring kan perkongsian ini, tapi tak mengapa mungkin ini sekadar membuang masa sambil share ilmu yang bermanfaat untuk semua.

Potensi industri herba di Malaysia
Pelbagai usaha yang telah dijalankan oleh Kementerian Pertanian dan Industri asa tani dalam melonjakkan lagi industri tanaman herba ke arah tanaman secara komersial, dan mugkin juga dengan langkah yang dilakukan ini boleh mengwujudkan pelbagai peluang pekerjaan kepada belia di Malaysia.


Potensi industri herba di Malaysia

Secara ringkas yang keladi boleh katakan memang berpotensi besar, itu ayat paling mudah, kiranya, semua berkaitan pertanian memang berpotensi besar untuk dipasarkan, Ya, pertanian juga perniagaan, jadi memang berpotensi, korang tengok je lah contoh pada Negara Indonesia, hasil bahan mentah  mereka boleh di eksport ke negara jiran di Asia termasuk Malaysia, selain dapat digunakan untuk menampung bekalan dalam negara,  mereka juga dapat membekalkan sumber tersebut pada skala yang besar kepada negara-negara jiran jadi sebab tulah bagi keladi rugi jika kita sebagai belia harapan bangsa "kononnya" tak nak  mencuba dalam bidang ini, jangan nak menyindir sesama sendirikan, mugkin ada alasan dan sebab mengapa kebanyakkan kita tidak memilih bidang pertanian sebagai kerjaya. Maaf ya, keladi tak kata tidak pada Malaysia, sekarang ni kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pun sudah mula memberi galakan yang lebih untuk kita sebagai belia menceburkan diri dalam bidang pertanian, banyak juga program yang dilaksanakan dan peruntukan yang telah dikeluarkan oleh kementerian tersebut dan, pastinya tak mustahil satu hari nanti produk pertanian daripada Malaysia boleh didapati di seluruh negara di dunia ni, dan ada antara kita pula yang menjadi pengusaha kepada produk tersebut, amin.

Keladi punya penulisan ni klise la, asik-asik cerita tentang benda yang sama, bila nak maju, dan bagaimana nak tarik rakan-rakan untuk menceburi bidang pertanian, rasa tak menarik kaedah yang digunakan dalam mempromosi bidang ini, bukan senang untuk menceburi bidang ni, memang lah kan boleh dirancang dan  perancangan tu pula punyalah cantik tapi hakikatnya bila nak melaksanakan cabarannya hanya tuhan saja yang tahu, kiranya bagi keladi kenapa kita susah nak terima pertanian sebagai kerjaya adalah kerana kita takut, kita tak boleh nak survive dalam bidang ini nanti, jika tak berjaya pula bagaimana untuk kita mengharungi hidup dalam zaman yang mencabar ni, hemmmm susah kan, dan takut juga pada kedudukan kita nanti, persepsi rakan-rakan kita apabila ditanya apa pekerjaan kau, kalo kita kata petani, confirm mereka pandang sebelah mata tapi hakikatnya sekarang ni segala pangkat dan kedudukan tu semua dah tak penting bagi keladi, apa guna ada status jawatan tapi bila pertengah bulan poket kering dan terpaksa berlapar perut untuk menunggu duit gaji hujung bulan, sendiri tanya sendiri jawab lah bro!! dan keladi tak nak komen lebih-lebih sebab diri ni pun masih makan gaji jadi kerana minat dan semangat dalam menanam pokok  lantaklah apa orang nak kata yang pasti  bidang pertanian mempunyai potensi yang besar, dan keladi pilih tanaman herba, kenapa herba? Korang kena baca artikel disini, dan keladi mula sebagai sambilan dulu, sebelum start dengan secara sepenuh masa.

Baiklah korang ya, izikan keladi salin dan tampal semula berkaitan topik kita pada entri ini, keladi ambil salinan daripada blog asiana-nusantara-herbs.blogspot.my, terima kasih kepada pemilik blog ya, jom kita baca serba sedikit tentang artikel tersebut,

Ramai yang tidak menyedari industri berasaskan herba berkembang pada kadar 30 peratus setahun, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pula menganggarkan seramai 4 bilion pengguna memilih untuk menggunakan herba sebagai rawatan alternatif kepada penyakit mereka. Di Eropah sahaja, nilai berasakan herba bernilai RM25 billion.
Pelbagai inisiatif telah dibuat oleh kerajaan Malaysia untuk mempromosikan pembangunan industri herba tempatan memandangkan potensinya yang amat cerah. Penjualan tahunan industri herba di Malaysia ialah RM 2 Bilion sementara pasaran  global untuk ubat-ubatan herba adalah USD 12 bilion atau RM 42 Bilion. Dalam Dasar Pertanian Ketiga Negara, tumbuhan ubat-ubatan telah dipilih sebagai salah satu komoditi  dengan memberi penekanan menjadikan Malaysia pusat pembangunan bahan-bahan mentah untuk kegunaan industri. 
Pembangunan industri herba di Malaysia pada ketika ini aktif mempromosikan tiga sektor utama ekonomi iaitu pertanian, pelancongan dan pembuatan. Pertumbuhan dalam industri herba sangat berpotensi untuk menambah pembangunan sektor pertanian dan perkilangan. Di Sabah, sebanyak 1250 spesies dianggarkan telah dikenal pasti nama saintifknya dan mempunyai nilai perubatan.
Tumbuhan ubatan ini digunakan untuk industri fitoperubatan, kosmetik, perasa, pewangi, farmaseutikal dan nutraseutikal. Pergerakan pasaran industri herba sedunia menunjukkan bahawa rawatan menggunakan herba telah memasuki kategori rawatan tambahan pada tahun 1970 hingga 2000. Ini menunjukkan masyarakat dunia telah menerima herba sebagai rawatan alternatif menggantikan ubat-ubatan moden yang kebanyakkannya berasaskan campuran bahan kimia termasuklah dadah perubatan.
Jadi, korang rasa rugi ke jika keladi membangunkan tanaman herba ni, adakah keladi akan mengalami kegagalan dalam memulakan projek ini, kita tengok nanti langkah seterusnya, harap korang terus ikuti perkembangan keladi ya.


No comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Herba Hijau Garden Copyright © 2016. Designed by Keladidesign