My Herba Hijau Garden: Jenis-jenis pertanian di Malaysia

18 Feb 2016

Jenis-jenis pertanian di Malaysia

Pertanian oh pertanian, bosan betulkan, keladi ni tak habis-habis cerita pasal pertanian, al maklum lah, dah suka sangat dengan bidang ini, jadi tu yang wujudkan www.herbahijaugarden.blogspot.my, entahlah, untuk entry yang baru ni, biar keladi puas-puas cerita pasal pertanian, lepas tu barulah bukak topik yang sebenarnya, sebab apa nama blog ini keladi namakan  My Herba Hijau Garden.

Tak nak panjang lebarlah, untuk entri ini, cuma keladi nak share, jenis-jenis pertanian di Malaysia, jom terus baca perkongsian keladi,


Jenis-jenis pertanian di Malaysia

  1. Pertanian Pindah
  2. Pertanian kebun kecil (Sara Diri)
  3. Pertanian ladang
Pertanian Pindah

Kebiasaannya mereka yang menjalankan pertanian jenis ini adalah mereka yang berada di kawasan pedalaman seperti di kawasan pedalaman Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia. Pertanian ini menggunakan cara dan kaedah tradisional ( Kaedah primitif) seperti cangkul, tugal, kapak, parang, dan batang kayu. Hasil tanaman juga adalah untuk kegunaan sendiri ataupun sara hidup ,Contoh tanaman untuk pertanian pindah ni adalah seperti padi huma, keledek, sayur-sayuran dan buah-buahan. Kebiasaannya, mereka yang bertanian dengan kaedah pertanian pindah ni, akan bertukar kawasan setelah lama digunakan untuk tempoh tertentu, mereka akan mencari kawasan yang baru, lebih subur untuk bercucuk tanaman, dan kesannya kawasan tersebut akan menjadi belukar semula.

Pertanian Kebun Kecil / Sara Diri
  • Keluasan tapak 1-2 hektar
  • Diusahakan oleh ahli keluarga yang bermodal kecil
  • Paling luas diusahakan oleh petani di Malaysia
  • Permulaan tanaman adalah untuk sara diri dan selebihnya untuk dijual kepada penduduk tempatan
  • Menggunakan jentera-jentera kecil dan kemudahan pemperosesan serta pemasaran yang disediakan oleh kerajaan, masih ada yang mengamalkan cara pertanian tradisional
  • Tanaman yang ditanam seperti padi, buah-buahan, sayur-sayuran, dan jagung ( tanaman sara diri) serta tanaman dagangan seperti kelapa sawit, getah, lada hitam dan koko.
Pertanian Ladang/komersial
  • keluasnya melebihi 40 hektar
  • dijalankan secara besar-besaran oleh syarikat besar
  • Menanam tanaman dagangan seperti koko, kelapa sawit, getah, teh
  • Menggunakan tenaga buruh yang ramai, peralatan moden, racun serangga, baja urea, dan biji benih bermutu tinggi.
  • kebanyakkan hasillnya akan dieksport.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Herba Hijau Garden Copyright © 2016. Designed by Keladidesign