My Herba Hijau Garden: Potensi pertanian di Malaysia

16 Feb 2016

Potensi pertanian di Malaysia

Salam sehijau untuk dunia, herbahijau blog cuba untuk memaparkan ataupun membincangkan tentang dunia pertanian yang sememangnya satu potensi yang meluas untuk diterokai.

Baiklah keladi tak rasa nak bercerita panjang, ataupun nak bagi ceramah untuk korang yang sedang membaca artikel ini, cuma sebelum keladi nak berkongsi tentang potensi bidang pertanian kepada negara kita, keladi nak dahulukan tentang "Kepentingan sektor pertanian kepada negara",

Korang rasa, perlu ke pertanian ni?

Korang rasa, bagus ke menceburi bidang pertanian ni?

Korang rasa, ada potensi dan keuntungan ke dalam pertanian ni ?

Tapi,

Korang juga perlu fikir takkan lah nak bergantung bekalan makanan daripada luar negara je,

"lepas tu, asik-asik kata, buah daripada siam lagi baik, baka daripada siam lagi baik, entah apa-apa lagi berkaitan siam, lebih baik daripada bekalan yang ada di negara sendiri!".

Yalah kan, kita dah tak boleh nak kata tidak pada produk-produk keluaran yang dihasilkan di negara jiran tu, memang baik dan  produk pertanian negara kita pula jauh ketinggalan, tapi tak mustahil suatu hari produk pertanian keluaran negara kita juga setanding dengan produk mereka, Insyaalh,

Ehhh!, tercerita panjang pula, jadi apa kepentingan sektor pertanian kepada negara?
  1. Sumber bahan makanan untuk keperluan domestik rakyat, contohnya beras merupakan makanan rugi kita, jadi dengan perluasan tanah untuk  tanaman padi di negara kita, kita tidak perlu membelanjakan jumlah wang yang banyak untuk memperolehi beras kerana bekalan untuk beras mudah diperolehi dan tidak bergantung sepenuhnya kepada negara luar seperti Thailand. 
  2. Faedah paling dominan untuk sektor ini kepada negara kita ialah mewujudkan peluang pekerja kepada penduduk, kebiasaannya, penduduk desa terlalu mengharap pada bidang pertanian untuk sumber pendapatan utama, ibarat "kias pagi, makan pagi kias petang makan petang", tetapi kerajaan telah memikirkan cara bagaimana untuk mewujudkan lebih peluang kepada belia di desa untuk terus menceburkan diri dalam bidang pertanian dengan purata hasil pendapatan bulanan melebihi taraf kemisikinan, maka pelbagai insentif yang telah diberikan oleh kerajaan, dan pelbagai program yang telah dilaksanakan untuk mengkomersialkan hasil pertanian, supaya bidang ini dilihat berpotensi dan memberi peluang yang lebih luas terutama pada golongan muda.
  3. Sektor pertanian juga penting dalam membekalkan sumber bahan mentah kepada sektor ekonomi skunder dalam pemprosesan makanan. Hasil pertanian banyak digunakan dalam proses pengeluaran bahan makanan yang boleh dijadikan produk eksport. Contoh eksport hasil pertanian seperti kelapa sawit, koko, lada hitam, beras, dan sewaktu dengan yang lain, hehehehe.
  4. Teknologi dalam bidang pertanian dapat memacu industri baru  dalam meningkatkan pendapatan Negara, contoh yang boleh diambil, produk kecantikan, sekarang ini dapat dilihat produk kesihatan dan kecantikan mempunyai permintaan yang tinggi dikalangan pengguna, tidak mustahil dengan adanya R&D (Research and Development), kita dapat hasilkan produk-produk kecantikan yang berasaskan sumber alam semulajadi dan produk tersebut dapat dieksport ke seluruh dunia, selain itu, korang juga boleh lihat, jika banyak pusat-pusat penyelidikan dibuka untuk menjalankan kajian keatas benih dan baka pokok, maka sudah tentulah industri baru berasakan teknologi yang boleh digunakan dalam pertanian dapat  diwujudkan.
  5. Hubungan antarabangsa yang lebih harmonis dikalangan negara serantau, terus diwujudkan, hal ini kerana keperluan tenaga buruh untuk sektor pertanian mungkin tidak mencukupi dalam industri pertanian berbentuk komersial, bayangkan ladang yang besar tu, pengusaha pula menghadapi masalah dengan karenah pekerja tempatan, mugkin lebih parah anak tempatan yang kurang minat dengan sektor tersebut, maka buruh asinglah jawabnya, dengan kedatangan buruh tenaga asing daripada negara jiran yang mugkin sedang menghadapi kemelesetan ekonomi tu, secara tidak langsung negara telah membantu serba sedikit masalah yang dihadapi negara jiran dan hubungan diantara negara tersebut dan negara kita terus terjalin, mugkin kegiatan ekonomi seratau dapat digiatkan lagi dengan aktiviti perdagangan dua hala disebabkan hubungan yang baik diantara negara tersebut.
  6. kedaulatan makanan, ohhh ya, tidak boleh dilupakan sektor pertanian ini sangat penting tau, sehingga kerajaan telah melancarkan "Dasar Kedaulatan Makanan Negara", jadi apa yang dikatakan dasar kedaulatan makanan negara tu ?, merujuk kepada artikel yang keladi baca di Bernama online pada 28hb September 2015, DKMN tu merujuk kepada keupayaan negara dalam menghasilkan makanan sendiri dan tidak bergantung kepada bekalan makanan import.
  7. Dan yang lagi penting, keladi nak tambahkan point ialah, kegiatan pertanian adalah asas pembentukan ekonomi di Malaysia, terutamanya selepas era merdeka, yalahkan, zaman tu juga atuk dan nenek kita berhempas pulas dengan tenaga empat kerat dan berpanas serta berpeluh dengan bercucuk tanam untuk menyara keluarga, tetapi selepas revolusi perindustrian yang semakin maju dan berteknologi, bidang ini terus di pandang sepi oleh golongan yang lebih muda, dan akhirnya hanya tinggal golongan tua yang mengerjakan sektor pertanian, kini, rasanya tak lagi kot, sebabnya kerajaan kita tidak berdiam diri, mereka cuba sedaya upaya membawa bidang ini ke arah yang lebih maju dan berpotensi, terutamanya untuk golongan belia, seperti keladi, cehwahhhh, kononnya nak memuji diri sendiri!!!
Alamak, aku terceloteh panjang pulak, memang seronok untuk kita bercerita berkaitan bidang pertanian ni, sebenarnya, banyak point lagi yang boleh keladi tekankan , tapi biarlah bagi ruang untuk entri akan datang, nanti taklah keladi kekeringan idea untuk menulis.

Berbalik semula pada topik yang sebenarnya keladi nak cerita adalah "Potensi pertanian di Malaysia",

korang rasakan adakah Malaysia akan terus maju jika kita bergantung sepenuhnya pada bidang pertanian?

Bagi keladi rasanya, tak perlu jawab ada soalan yang dikira sangat mengarut tu, tapi korang kena layan soalan seperti ini 

Adakah bidang pertanian boleh maju bersama-sama bidang yang lebih menjadi tumpuan kepada negara? 

Jawapannya, "jika rajin ada peluang jika malas ada alasan", dan yang lagi baik, negara terus 100% bergantung kepada tenaga belia tempatan untuk terus melihat bidang pertanian di Malaysia akan menjadi lebih maju dan setanding teknologi pertanian di negara Thailand  ataupun negara-negara lain yang lebih maju dalam bidang pertaniannya.

Potensi pertanian di Malaysia, secara ringkasnnya, yang boleh keladi katakan, bidang pertanian mampu membuka peluang yang lebih luas terutamanya kepada belia di Malaysia, jika kita sanggup untuk belajar dan mencari ilmu dalam memodenkan industri pertanian di Malaysia ini, tidak mustahil bidang yang dilihat kotor dan panas ni, mampu mewujudkan kerjaya yang lebih berprofil tinggi. Lepas tu juga, korang boleh menilai semula, sekarang ni zaman kemelesetan ekonomi, barang import lebih mahal harganya, dan menyebabkan inflasi terus tak terkawal, gara-gara barang dan bahan yang diperolehi daripada luar negara terlalu mahal, jadi cuba fikirkan dan menggunakan tenaga serta peluang yang ada untuk melaksanakan dan menjayakan bidang pertanian, maka Malaysia tidak lagi akan terhimpit dengan masalah untuk mendapatkan hasil-hasil bahan ataupun produk pertanian daripada negara luar kerana, negara kita juga mampu untuk menghasilkan sendiri, dan harga barang akhir juga tidak akan terikat dengan harga di pasaran luar.

Siapa yang tak suka bro,

Bidang pertanian juga boleh mewujudkan peluang perniagaan, terutamanya untuk graduan-graduan baru yang sedang mencari kerja tu, kalo dulu-dulu, ada orang kata, graduan balik kampung tanam jagung, akhirnya tumbuh anggur, tapi kini graduan jangan menyesal, jika balik kampung ada tanah, usahakan tanaman jagung secara komersial, dan berjaya dalam penanaman tersebut, cuba buat penyelidikan untuk penanaman anggur di suhu biasa, mugkin jika berjaya, istilah tumbuh anggur tu akan terhasil dan mugkin boleh di jual ke pasaran domestik, jika ada lebihan kenapa tak gunakan potensi media sosial untuk memasarkannya ke seluruh dunia.

Agensi kerajaan seperti FAMA, telah banyak mempergiatkan industri ini, dari segi potensi pemasaran produk pertanian negara, mugkin selama ini, hasil pertanian hanya dijadikan produk makanan segar dan tidak boleh disimpan lama, tapi kini, dengan teknologi pembungkusan dan pelebelan yang lebih menarik dan inovatif, produk tersebut boleh dipasarkan untuk pasaran yang lebih luas, contohnya, ubi kayu, kalo dulu di kampung, emak keladi biasa akan rebus dan makan diwaktu petang bersama sambal tumis petai, dan bila tiba raya, boleh buat kerepek ubi, tapi kini, dengan pembungkusan yang lebih menarik, produk tersebut boleh dipasarkan sebaris dengan produk kerepek kentang yang dikeluarkan oleh negara luar.

Jadi, Kenapa tak nak pilih pertanian bro untuk nak majukan diri?

Panjang pulak entri yang keladi tulis kali ini, bukan geram, tetapi, semangat untuk memajukan sektor pertanian terus membara, ahhahhah, mesti korang nak tau, apa projek pertanian yang keladi akan buat untuk sama-sama menyahut saranan kerajaan untuk mendaulatkan makanan negara, yang pasti korang perlu terus ikuti blog ini, keladi akan kemaskini projek yang menjadi impian keladi tu di dalam blog ini, tunggu tau, 

"Bro, Jom sama-sama turut serta dalam mendaulatkan makanan negara, jangan kata tak ada kerja kat Malaysia ni, Bro ko tu bijik, lepasan universiti, otak pun Fresh, jom lah fikir untuk memajukan bidang pertanian di Malaysia, nanti tak lah kita terlalu bergantung kepada negara luar, asik-asik cakap, buah siam lagi baik, baka siam lagi baik, bila la kita nak cakap buah Malaysia lagi baik baka Malaysia lagi baik"

No comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Herba Hijau Garden Copyright © 2016. Designed by Keladidesign