My Herba Hijau Garden: Masalah dalam sektor pertanian di Malaysia

17 Feb 2016

Masalah dalam sektor pertanian di Malaysia

Boleh ke keladi isukan pasal masalah yang di hadapi dalam sektor pertanian di Malaysia,

Sebelum keladi bersembang panjang, kot ada yang tersilap tulis, mohon ampun dan maaf, sepatutnya yang boleh dijadikan topik adalah, masalah yang dihadapi untuk melibatkan diri dalam bidang pertanian, Bagaimana untuk kita semua menghadapinya?

Bagi pihak kerajaan, rasanya usaha yang berterusan ke arah memondenkan dan mengkomersialkan industri pertanian tidak pernah terhenti, pelbagai usaha dan pelaburan yang telah dilakukan bagi meningkatkan mutu dan kualiti hasil produk pertanian di Malaysia, setanding dengan negara-negara luar, seperti Thailand, selain itu juga, keladi nampak kerajaan juga sedaya upaya mengwujudkan peluang yang lebih luas terutama untuk golongan belia dalam bidang pertanian, kiranya, memang tak pernah terlupalah kerajaan dalam bidang ini, sehingga dalam penstrukturan bajet 2016 tu pun, kerajaan dengan idea bernasnnya telah mengwujudkan pasar belian terus hasil pertanian (Myfarm Outlet). Jadi, sebab itulah, keladi tak nak blame sangat kerajaan pasal tidak mengambil berat tentang kepentingan dan masalah yang dihadapi oleh mereka yang terlibat dalam bidang pertanian ini, maklumlah dulu-dulu bila cikgu bahasa melayu suruh buat karangan, dalam isi karangan tu mesti nak salahkan kerajaan pasal tak menitikberatkan soalan kepentingan rakyat, jadi didalam blog pulak dah tak boleh nak menyalahkan kerajaan tanpa usul periksa keladi oii!.

Bagi pihak kita semua, dalam melibatkan diri bagi sektor pertanian mugkin ada cabaran dan dugaan yang perlu dilalui, rasanya memang banyak, sampai tak terkata kot, nanti mesti ada yang mencelah mengatakan, "ala darah muda, tulah  buat sikit dah mengeluh, tak boleh tu lah, tak boleh ini lah, terus merungut tak tentu pasal lah, akhirnya, hanya tinggal idea dan angan-angan je lah. Tapi keladi harap sangat tak terjadi kepada keladi, minat dan harapan untuk terlibat dalam bidang ini, diharap bukan omong kosong dan bukan juga hanya dilukis diatas kertas aje, mesti dilaksanakan, keladi tinggal dulu ya, angan-angan dan impian keladi ni, yang nak ditekan adalah bagaimana untuk kita menghadapi cabaran untuk berada dalam industri pertanian negara, terutama golongan belia dan remaja, boleh dan sanggupkah kita menghadapi cabaran-cabaran tersebut?, jangan ditanya lagi keladi, bidang pertanian ni, memang berpotensi dan boleh diperluaskan, tetapi nak melibatkan diri dalam pertanian tulah yang menjadi masalah besar, terutama jiwa muda yang tiada kepakaran dan ilmu dalam pertanian. 

Jadi, Jom kita senaraikan, masalah yang dihadapi oleh golongan muda untuk menceburkan diri dalam bidang pertanian

  1. Tanah dan kawasan untuk memulakan projek : kebanyakkan golongan muda tinggal di bandar dan bekerja dibandar, jadi hartanah di bandar memang tak lah mampu untuk disewa untuk buat tapak projek pertanian tu, jadi pilihan yang terakhir, balik kampung tanam jagung, la bro.
  2. Minat dan semangat : yang ini memang sangat diperlukan, jika minat ada buat apa pun menjadi, kalo tiada minat, bagi berjuta-juta untuk modal pun belum tentu menjadi, persoalannya, bidang ini adakah bidang terakhir selepas permohonan kerja tidak diterima, kalo masuk bidang ini hanya nak tangkap muat je, confirmlah, projek tak menjadi, sekerat jalan, dan terus tinggalkan bidang ini, kalo tak minat tak boleh paksa bro.
  3. Modal permulaan : nak buat projek pertanian bukan mudah dan jenis tanam juga pelbagai, cuma kita perlu pilih jenis tanam apa yang boleh kita tanam, lepas tu, sudah tahu jawapannya, perlu fikir pasal modal permulaan, berapa banyak, dan boleh ke dapat pinjaman untuk buat projek tersebut, 
  4. Ilmu dan kemahiran : darah mudakan, dulu-dulu waktu budak-budak, datuk nenak kita selalu je pesan, rajin-rajin belajar, dah besar bila pandai belajar boleh kerja gomen, tak lah jadi penoreh getah, daripada situ dah satu kesilapan pemikiran mereka, sepatutnya, tak mengapa mereka melihat proses torehan pokok getah untuk mengeluarkan susu getah, mugkin ia satu ilmu baru bagi mereka, dan selepas itu, sepatutnya, atuk dan nenek kita kena cakap, tengok atuk bersusah payah menoreh, sebab tu ko kena belajar pandai-pandai, sudah besar, ciptakan satu teknologi canggih untuk memudahkan kami di dalam bidang pertanian ni, jadi sebenarnya, dalam situasi ini, anak muda perlu didedahkan dengan ilmu dan kemahiran hidup, supaya mereka akan lebih kreatif untuk memajukan bidang pertanian ke arah teknologi tinggi.
  5. Stigma masyarakat terhadap mereka yang menceburkan diri dalam bidang pertanian : biasalah kalo kita kata pekerjaan kita adalah petani, mugkin kita tak dipandang lansung, semacam je, tapi bila kita kata kerja ofis, confim, wahhh, kerja ofis tu, kalo kat FB tu, kiranya bertalu-talu, friend request masuk, hihihihi, tapi memang lagi dulu kot, yang orang bertani ni tak akan kaya, duduk la engkau dengan berpanas tu, aaiyooooo, stigma masyarakat perlu diperbetulkan, yang petani juga mampu menjadi jutawan.
  6. Sejarah hidup : Yup sejarah tak akan berulang, itu lirik lagu, yang ini memang realiti, dulu tengok hidup petani kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, jadi dalam hidup memang dah tertanam, bidang ini tak menjanjikan apa-apa pulang yang lumayan, jadi kita pun belajar bersunguh-sungguh supaya tak terlibat dengan pertanian, betul tak korang semua, sebab subjek pertanian ni kalo kat sekolah dulu, hanya untuk pelajar-pelajar yang malas je, tu yang memang realiti terjadi, apa yang berlaku sekarang ni, rata-rata golongan muda takut nak menceburkan diri dalam bidang pertanian, takut mengalami kemiskinan didalam hidup.
  7. Pemasaran : Yang ini pun boleh jadi juga, sebab bila dah tanam banyak-banyak, lepas tu nak jual kat mana, aduh, susahnya, makin susah jadinya, pemikiran kita terus memikirkan potensi penerimaan hasil pertanian yang kita tanam tu, kebiasaannya, hasil pertanian ni tak boleh tahan lama, jadi bila dah banyak stok tu, confirm harga akan turun, aduh hai, takutnya nak ceburi bidang pertanian ni.
  8. Psikologi diri, adakah bidang ini boleh memberi keutungan yang konsisten, yalah kan, jika makan gaji, confirm tiap-tiap hujung bula, dalam acc bank terisi, tapi bila bertani ni, confirm ke poket kita akan terisi selalu, itulah psikologi pemikiran yang ada dalam minda kita, betul tak korang?
  9. Tidak mahu mengambil tahu segala kemudahan yang telah disediakan oleh angensi kerajaan yang berkaitan, maka, mugkin mereka sering ketinggalan dan tidak mendapat faedah tersebut
Senarai tu, hanya sebahagian yang dialami oleh golongan muda untuk menceburkan diri dalam dunia pertanian, mugkin ada banyak lagi sebab, kenapa sehingga kini sebahagian golongan muda takut untuk menceburkan diri dalam bidang pertanian?

Pengalaman yang boleh keladi kongsikan kenapa saya takut sangat untuk memulakan projek pertanian penanaman koko, projek ini memang dah lama keladi rancang, daripada tahun lepas kot, tapi sampai sekarang satu pun tak jalan, jom keladi nak kongsi kepada korang semua sebab apa ya, tak mulakan projek yang gempak tu,
  • Kawasan penanaman : hemmm, betul tu, mana nak tanam kalo tak de tempat, takkan nak tanam dalam pasu kot, pokok koko tu, kat kampung pulak, tanah tu bukan hak milik bapa keladi, tetapi milik bersama, nama pada geran tu pun nama datuk nenek yang sudah meninggal, jadi takut pulak nak mengusik tanah tu, untuk buat projek tanaman koko
  •  Modal permulaan : nak buat apa-apa pun sekarang ni perlu modal permulaan, nak buat bisnes online sekrang ni pun dah tak ada yang free, kena bayar, jadi memang nak mula apa-apa pun perlu duit, kalo tak ada duit macam mana projek nak jalan, nak buat loan, aduhai, zaman ekonomi macam ni, ada ke bank yang boleh bagi pinjaman express.
  • Takut untuk bertindak: secara jujurnya, keladi masih ada perasaan takut untuk memulakan projek ini, masih ragu-ragu, boleh ke berjaya dalam projek ini, maklumlah, jika berhenti kerja nanti, susah pulak hujung bulan, nak kena bayar hutang lagi, sara hidup lagi, aduh, peritnya hidup ini.
  • Tiada ilmu dan kemahiran : yang ini memang tepat sekali, ada orang kata zaman teknologi, maklumat dihujung jari, ya lah, banyak sangat maklumat pun tak guna juga, hanya mampu membaca je, tindakkan tidak dilakukan, realiti sebenarnya berkaitan kaedah penanaman tidak dilakukan, bagaimana nak terima kemahiran penanaman koko, ilmu pula boleh je terima di mana-mana.
  • Semangat yang tidak konsisten: alamak, maaf lah ya, sejujur keladi katakan memang semangat tu akan hadir berkobar-kobar ikut masa, kadangkala ada masa memang semangat hilang, terus hilang dan patah hati nak ceburi bidang penanaman ini.
  • Kurang maklumat tentang kemudahan dan bantuan yang boleh dipohon dibawah agensi yang berkaitan, point yang ini sangat tepat, memang keladi tak banyak mengikuti maklumat terkini berkaitan geran dan bantuan yang boleh dipohon oleh keladi daripada pihak kerajaan.
  • Tidak mendapat sokongan dan batuan daripada mana-mana pihak, terutama keluarga, hemmmm yang ini perlu dirahsiakan, bagi keladi sokongan keluarga sangat penting terutama doa ibubapa, dan rasa mereka tiada halangan, jika betul-betul kita nak menjalankan projek ini, tapi, hemmm biarlah keladi simpan dulu, dan nanti tiba masa keladi kongsikan kepada korang ya.
Sampai sini jelah untuk artikel kali ini, maaf ya tiada gambar yang boleh dikongsikan kepada korang, nanti jika ada semangat lagi untuk menulis keladi sambung pula untuk perkongsian bersama.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Herba Hijau Garden Copyright © 2016. Designed by Keladidesign