My Herba Hijau Garden: Kebun herba hijau saya

7 Feb 2016

Kebun herba hijau saya

Post pertama untuk blog herbahijaugarden, 

Apa keladi nak tulis ya?

Assalamualaikum w.b.t, dan salam sejahtera, agak kaku juga keladi nak bercerita dalam blog ini, maklumlah sebelum ini banyak blog sudah keladi buka tetapi memang tak nampak pun hasilnya, macam buang masa pulak, niche blog pulak tak tentu arah, caca merba, banyak salinan dan tampal, tiada keistimewaan dan identiti dalam berblog.

Dengan blog 


Tanaman Herba

Keladi ingin menceritakan tentang tanaman herba yang terdapat di Malaysia, dan yang lagi segar, keladi akan cerita pengalaman dan hasil tanam herba yang keladi tanam.

Bosan.....nampak macam bosan!

keladi cuba bawa sesuatu yang boleh menampakkan keseronokkan bergelar petani bandar, tanaman herba telah keladi pilih, jadi keladi berjanji tidak akan mengecewakan pencari-pencari maklumat untuk tanaman herba di dunia.

Perkongsian melalui blog

Penulisan blog akan mematangkan keladi untuk menjadi seorang insan yang berguna dan dapat berbakti kepada ibubapa dan negara, disamping itu keladi boleh berbudi kepada tanah. Dengan cara ini, ilmu yang diterima tidak akan disimpan dan dikongsikan juga kepada mereka yang memang memerlukannya.

Bukan angan-angan mat jenin

Medium blog digunakan bagi mencari potensi dan peluang dalam dunia penanaman herba, bukan sekadar omong kosong, keladi pasti dengan blog ini banyak perkongsian yang bermanfaat akan keladi berikan.

Kreatif dalam memajukan industri herba 

Kreativiti dan kemahiran mendorong untuk kita lebih menjadi yang terbaik, serta tidak dilupakan sifat yang tidak mahu membazirkan masa dan ruang yang ada menyebabkan keladi terus mengunakan sumber alam semula jadi dengan lebih kearah kebaikan. Bukan mahu menyalahkan nasib, tetapi dengan kekuranglah keladi akan lebih berbakat dalam penanaman herba diruang yang terbatas ini.

Potensi dan peluang industri herba

Potensi dan peluang dalam penanaman herba di Malaysia sangat luas, dan melalui pembacaan keladi, di negara kita memang banyak tumbuhan herba yang boleh dikomersialkan, melalui hasil penyelidikan oleh MARDI, mungkin petani tidak akan ketinggalan dalam menghasilkan produk berasaskan herba setaraf produk antarabangasa, dan rasanya keladi juga rajin melihat, jika ada peluang yang diberikan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dalam meningkatkan lagi industri herba kearah yang lebih baik, ternyata usaha itu ada dan keladi tak nak lepaskan peluang ini, dan yang pasti gerakan pemasaran yang dijalankan oleh FAMA, memang banyak menolong petani-petani di Malaysia ke arah pendapatan yang lebih tinggi dan keladi harus ambil peluang untuk memasarkan produk keladi melalui FAMA.

Hanya mengharapkan sesuatu keajaiban yang berlaku didalam kehidupan keladi, bermula dengan hobi menaman tumbuhan herba, dan berkongsi di media sosial akan menjadi sebuah empayar yang sentiasa memajukan industri herba di Malaysia, mugkin suatu hari nanti ia akan berlaku dan dengan sokongan pembaca yang mengikuti blog ini, berserta doa dan harapan ibubapa keladi, blog www.herbahijaugarden.blogspot.my akan terus diterima.

Ikhlas daripada keladi, terima kasih kerana singgah blog ini, teruskan pelayaran anda bersama keladi dan tanaman-tanaman herba yang telah dikongsikan didalam blog ini.

Kebun Herba Hijau Saya


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Herba Hijau Garden Copyright © 2016. Designed by Keladidesign