My Herba Hijau Garden: 2016

23 Mar 2016

Hiasan meja yang lebih organik

Hiasan meja yang wajib korang cuba, murah hanya RM 10,
Jika berminat boleh whataspp saya, 0182838810

(Ejen Petaling Jaya)

Pertanian adalah perniagaan 




Hiasan meja yang lebih organik
Hiasan Meja 1

Hiasan meja yang lebih organik
Hiasan Meja 2

Hiasan meja yang lebih organik
Hiasan Meja 3

Hiasan meja yang lebih organik
Hiasan Meja 4

Hiasan meja yang lebih organik
Hiasan Meja 5

Hiasan meja yang lebih organik
Hiasan Meja 6

Baca Selanjutnya »

16 Mar 2016

Cara Menanam Pokok

Salam sehati sehijau Dunia daripada My Herba Hijau Garden, mitos mengatakan penanaman pokok ni perlu mempunyai tangan yang sejuk baru pokok yang kita tanam tu hidup dengan subur. 

Mereka yang ‘tangan panas’ dikatakan sukar menanam pokok kerana walaupun dijaga sebaik manapun, ia sukar tumbuh subur dan mati. Berbeza dengan ‘tangan sejuk’ walaupun cuma mencampak benih, tanamannya pasti menjadi dan subur pula!
Itu mitos semata-mata, dulu memanglah selalu je saya dengar orang tua-tua kata nak tanam pokok ni bukan senang-senang je, jika campak biji benih apa-apa pun lepas tu pokok tu tumbuh ini menunjukkan tangan kita tu sejuk, dan mugkin sesuai untuk pertanian, kemudian bagi mereka yang mencampak biji benih dan pokok tak tumbuh-tumbuh pulak pokok, nampak sangat tangan tu tak sejuk, panas, jadi jangan harap nak bercucuk tanam, 

Sekarang ini, kita perlu pecahkan mitos tu, dan tak ada istilah lagi pokok tak tumbuh gara-gara tangan panas.

Jom kita tengok cara penanaman yang betul, saya ambil ilmu ini daripada akhbar Harian Metro, dalam ruangan Agro, 15 Mac 2016, mohamad_hussin@hmetro.com.my

Daripada artikel tersebut, cara penamaman pokok ini telah diajar oleh  En Muhamad Adli Salihin Samsudin , Penolong Pengarah ( Bahagian Padi, Tanaman Industri dan Florikulture), Pusat Pembangunan Komoditi Serdang, Jabatan Pertanian), menurut beliau seringkali masyarakat mengaitkan mereka yang bertangan sejuk akan berjaya menanam apa jua tanaman, tetapi sebenarnya ada banyak faktor kejayaan menanam sesuatu tanaman. Antaranya biji benih yang bermutu, tanah subur, faktor penjagaan, siraman air mencukupi, membaja secara betul dan berjaya menghalang perosak.

Jadi, Jom kita tengok cara penanaman yang diajar oleh beliau, teknik penanaman ini digunakan bagi menanam pokok dari beg semaian ke dalam pasu atau ke dalam lubang penanaman di tanah sama ada pokok besar atau kecil.

1. Penyediaan peralatan dan bahan tanaman 


2. Gunakan pasu yang berlubangan, bagi pasu yang tidak berlubang hanya sesuai untuk tumbuhan jenis akuatik seperti melati air dan cattail.


3. Masukkan serpihan pasu atau batu menutup lubang itu bagi mengelak campuran tanah terkeluar selain mengatasi masalah air mengalir deras sehingga membawa keluar tanah.


4. Masukkan tanah campuran sebanyak satu pertiga pasu


5. Potong bahagian bawah beg semaian yang menjadi tempat semaian pokok dan tanam didalam pasu



6. Timbus tanah campuran untuk menutup akar pokok


7. Pastika bebola akar tidak pecah atau rosak, 

Pemasuan semula boleh dipraktikkan bagi pokok yang sudah lama hidup dalam pasu bagi menyelamatkannya atau membiakkan semula pokok,

Pokok yang siap sedia untuk di letakkan dikawasan yang dikira sesuai dari segi penerimaan cahaya matahri dan tidak menghalang pergerakan dikawasan tersebut.

Selamat bercucuk tanam








Baca Selanjutnya »

WORDLESS WEDNESDAY

WORDLESS WEDNESDAY

www.herbahijaugarden.blogspot.my

Rambut sama hitam tapi hati lain-lain

( Maksudnya : Hati dan perangai manusia tidak sama )

WORDLESS WEDNESDAY

WORDLESS WEDNESDAY

WORDLESS WEDNESDAY

WORDLESS WEDNESDAY

Baca Selanjutnya »

4 Mar 2016

Khasiat Pokok Rosemary

Khasiat Pokok Rosemary

Salam sehati sehijau Dunia, wahhh, gempak tu, saja nak berkongsi tentang khasiat Pokok Rosemary, kiranya keladi tau tentang pokok ni sewaktu search kat internet berkaitan jenis-jenis pokok yang boleh di tanam didalam rumah, dan daripada hasil carian tu, salah satu yang menjadi perhatian keladi adalah tentang pokok Rosemary,  maklumlah duduk kat bandar ni terhad ruangnya, tambahan jika kita duduk di kawasan rumah jenis flat, hemmm, rugi pulak tengok rakan-rakan yang ada halaman dan bercucuk tanam, balik kerja je, release tension dengan melihat dan meyiram pokok-pokok yang ditanam, itulah untungnya jika rumah kita tu jenis teres dan yang lagi untung corner lot!. 

Tak payah nak bising-bising dan membebel tentang tak ada kawasan untuk bercucuk tanam, yang paling penting sekarang ni cari idea kreatif supaya kita dapat menggunakan sepenuhnya ruang yang terhad untuk bercucuk tanam, idea yang paling boleh kita ikuti adalah, tanamlah tanaman jenis indoor, atau dalam bahasa melayu, korang tanam pokok yang boleh ditanam didalam rumah, rasanya, memang banyak, tu yang sedang keladi usahakan, kalo berjaya, bukan setakat dapat makan hasil tanaman kita, malah korang mugkin boleh menjualnya, dan sudah dapat side income, boleh buat perniagaan lagi tau.

Okay, cari punya cari dapatlah idea untuk menanam pokok Herba Rosemary, tapi bukan nak tanam secara komersial, kan rumah tak cukup ruang, jika luas ruangnya, tentu keladi sudah komersialkan pokok herba ini, tak rugi banyak khasiatnya tau. Lepas je search tentang pokok herba ini keladi terus serbu Pasar Tani Kelana Jaya, tapi taklah menipu sangat, terus je ke Pasar Tani tu, sebab pasar tani ni buka pada pagi hari sabtu je, kiranya selepas keladi sudah mengenali pokok Herba Rosemary ni serta khasiatnya, tindakkan seterusnya adalah mesti dapatkan pokok ini, baru puas hati, hihihihi, baiklah, keladi beli sepasu pokok Herba Rosemary dengan harga RM 12.90, tapi nampak agak kecik sikit pokok ni, tapi kita hanya nak cuba menanam pokok ini sebagai hobi je, jadi tak kiralah, pokok tu kecik ke atau besar yang pasti keladi sudah dapat sambung jaga  pokok herba ini.

Khasiat Pokok Rosmary
  1. Rosemary boleh meningkatkan daya ingatan, melegakan sakit otot dan merangsang sistem saraf.Ia digunakan untuk masalah penghadaman, masalah peredaran darah, kekejangan,luka, ekzema, penyakit sendi dan kemurungan.
  2. Sebagai herba antispasmodic, ia digunakan untuk meningkatkan pengeluaran air kencing.
  3. Memperbaiki gangguan yang berkaitan dengan keradangan otak
  4. Meningkatkan daya ingatan dan merawat sakit kepala
  5. Rosemary dikatakan dapat melawan sel-sel tidak baik dan telah menunjukkan anti-kanser dan anti-tumor. 
Maklumat tersebut telah diterima daripada hasil carian google keladi, tapi keladi yakin mungkin ada banyak lagi khasiatnya yang kita tidak ketahui, tak mengapa keladi tak mengalah, dan akan terus membaca dan membuat penyelidikan tentang tanama herba ini. terima kasih untuk korang yang membaca hasil penulisan keladi ini.

Khasiat Pokok Rosemary
Rosemary dikatakan melawan sel-sel tidak baik dan telah menunjukkan anti-kanser dan anti-tumor. Oleh kerana ia mempunyai antioksidan yang kuat, ia boleh mencegah kanser yang menyebabkan bahan kimiayang menyerang sel-sel, terutamanya dalam hati dan kawasan bronkialDigambarkan sebagai cukup kuatuntuk membunuh jangkitan bakteria, ia perlu dinyatakan ia tidak boleh sama sekali membuang bakteriadari saluran penghadaman. Walau bagaimanapun, rosemary telah terbukti untuk merawat sindrom kejutantoksik.

Khasiat Pokok Rosemary
Pokok rosemary adalah herba yang boleh ditanam di negara kita.  Ia tahan panas.  Daun rosemary enak dijadikan perisa terutamanya ketika memanggang ayam atau kambing.  Rakan-rakan boleh dapatkan serbuk rosemary dalam botol perisa, tapi rasanya tidak seenak herba yang segar yang ditanam sendiri.




Baca Selanjutnya »

3 Mar 2016

5 Manfaat Lidah Buaya

Hello semua, terima kasih sudi membaca blog ini, sudah berhari rasa keladi tidak mengemaskini blog ini, maklumlah bukan tak ada masa tapi cuma  berpura-pura sibuk pulak, hihihihi, bukan keladi nak cerita tentang kemalasanku ini di blog  tetapi saya nak bercerita tentang Lidah Buaya ataupun Aloe Vera.

Lidah Buaya?

Aikk!! tak takut kena baham ke nanti, gila apa nak tarik lidah buaya tu,

Bukan Buaya yang kat sungai tu, ini Buaya yang boleh ditanam dan banyak manfaatnya, jadi rasanya rugi jika tidak tanam pokok ini di halaman rumah kita. Okay tak payah nak berpusing-pusing cerita, jom kita kaji sedikit kebaikan dan kelebihan pokok lidah buaya, rasanya korang pun sedia maklum tentang tumbuhan herba ini, jadi jika kita search di enjin pencarian tentu banyak info yang telah diceritakan mengenai pokok lidah buaya ni, maaf ya, keladi nak juga interframe bercerita tentang lidah buaya, jom terus membaca, 

Info dan Khasiat Pokok Lidah Buaya ( Aloe Vera)

Lidah buaya adalah salah satu diantara 250 jenis aloe yang terdapat diserta dunia. tumbuhan asli yang terdapat di Utara Afrika dan Madagascar ini telah berkembang ke Hindi Barat dan seterusnya ke negara-negara tropika yang lain , seterusnya tanaman ini terus berkembang dan membiak dengan baik di Lembangan Mediterranean sehingga meluas ke serata dunia disebabkan pokok ini mudah dan hidup subur sungguhpun dikawasan yang ke kurangan taburan hujan yang banyak, sifatnya yang mudah membiak membolehkan ia terus tumbuh dengan liar sehingga tumbuhan ini menjadi salah satu tanaman herba yang dikomersialkan kerana khasiat yang tinggi kepada tubuh badan manusia. Rasanya tak payah nak diperkenalkan lagi kegunaan pokok ini, terutamanya dalam rawatan tradisional, kita boleh lihat penggunaannya sejak dahulu lagi, jika terdapat luka atau ruam pada kulit, petuanya tentu atuk ke, atau nenek kita akan suruh sapu je isi pokok lidah buaya tu, maka hasilnya sendiri kena cubalah ya. Selain itu juga, jika korang lihat kini, pihak pengusaha kosmetik berebut-rebut meletakkan pati pokok lidah buaya dalam produk yang dikeluarkannya, ini disebabkan nilai khasiat yang baik untuk kesihatan dan kulit manusia menjadi faktor permintaan yang tinggi terhadap produk yang telah dicampur dengan pati lidah buaya,  jadi peluang ini rugi  jika kita tidak mengambilnya untuk mengkomersialkannya.

5 manfaat Pokok  Lidah Buaya
  1. Mempercepatkan penyembuhan luka : yang ini perlu cuba sendiri ya, sebab keladi pun telah mula mempraktikkannya, waktu terkena pisau time sibuk nak memasak hari tu, nasib baik keladi tanam pokok lidah buaya, jadi saya tenyeh je lah, syukur memang berkesan, tapi belum cuba untuk luka-luka yang berat, tapi sebenarnya ia boleh digunakan untuk pencucian luka, kiranya seperti detol, lepas ini dah tak payah cari detol, guna je isi lidah buaya pasti berkesan.
  2. Mengurangi rasa gatal pada kulit : Keladi tak pernah cuba, tapi ada search kat google, dan baca website tentang khasiat Aloe Vera ni, baru saya tahu, lidah buaya ni boleh digunakan untuk kulit yang kena gigitan nyamuk atau serangga, tak pernah cuba, tapi mesti kena cuba, lepas ni dah tak perlu pakai Mopiko lagi lah ya. 
  3. Merawat kulit : yang ini pasti korang semua suka, dan keladi memang suka, sebab dah tak payah beli pencucui muka yang mahal-mahal, guna je secara nature dengan bahan semula jadi, yup selain tomato, korang jangan lupa isi pokok lidah buaya tu, melembabkan kulit, menghindarkan kulit kita menjadi kering, memberi kesegaran pada kulit kita.
  4. Sumber Vitamin yang dapat menutrisi untuk tubuh badan kita: Korang pernah cuba ke untuk minum Jus Lidah Buaya, yang tak pernah cuba tu, cubalah hari ini, campur dengan madu sikit, sedap, tapi yang pasti kadungan vitaman dan miniralnya cukup untuk keperluan tubuh badan kita sebab pokok lidah buaya ini dalam isinya mengandungi sumber vitamin seperti A,B1,B2, B6,B12,C, E dan asid folat,
  5. Menghalus dan melembabkan Rambut : yang ini tak boleh disangkal lagi, isi pokok lindah buaya memang terbukti dalam melembabkan rambut, sebab sifatnya yang berlendir dan berair,  jadi jom kita cuba, memang halus rambutku nanti. 
antara khasiat aloe vera yang semapt keladi taip kat entri ini, tapi sebenarnya, aloe vera ini banyak funginya lagi, kiranya korang tak akan rugi jika tanam pokok ini, selain warna hijaunya yang apabila dilihat dapat menyegarkan mata, ia juga mengindahkan halaman kita. 

Untuk halaman keladi pula, keladi hanya dapat tanam 4 pasu je, maklumlah ruang yang tidak banyak, kiranya lebih baik tanam daripada biarkan ruang tu kosong je.

5 Manfaat Lidah Buaya
Aloe Vera, mengandungi 20 jenis asid amino, termasuk 7 asid amino perlu yang tidak boleh dihasilkan oleh badan. Asid amino adalah blok binaan bagi membina badan, ia juga mempunyai kandunagan unsur-unsur perangsang imun tubuh badan yang dapat membantu menggalakkan fungsi sistem imun kita bagi menghalang serangan penyakit.

Aloe Vera juga membekalkan vitamin secara semulajadi kerana ia mengandungi vitamin yang diperlukan dalam diet harian kita termasuk vitamin B12, asid folik, niasin, B6,B2,B1,C, E dan A.




Baca Selanjutnya »

29 Feb 2016

Potensi industri herba di Malaysia

Telah lama aku menyepi untuk blog ini, rasa tak senang duduk pulak, takut blog ini digelar blog sarang labah-labah, 

Hai, semua, masih ingat keladi tak, #confirm tak ingat, tak ingat tak mengapa asalkan korang terus mengikuti blog herba hijau garden ni, saja, nak promosi bagi gempak blog ni, hari ini keladi cuma nak share tentang Potensi industri herba di Malaysia, boring kan perkongsian ini, tapi tak mengapa mungkin ini sekadar membuang masa sambil share ilmu yang bermanfaat untuk semua.

Potensi industri herba di Malaysia
Pelbagai usaha yang telah dijalankan oleh Kementerian Pertanian dan Industri asa tani dalam melonjakkan lagi industri tanaman herba ke arah tanaman secara komersial, dan mugkin juga dengan langkah yang dilakukan ini boleh mengwujudkan pelbagai peluang pekerjaan kepada belia di Malaysia.


Potensi industri herba di Malaysia

Secara ringkas yang keladi boleh katakan memang berpotensi besar, itu ayat paling mudah, kiranya, semua berkaitan pertanian memang berpotensi besar untuk dipasarkan, Ya, pertanian juga perniagaan, jadi memang berpotensi, korang tengok je lah contoh pada Negara Indonesia, hasil bahan mentah  mereka boleh di eksport ke negara jiran di Asia termasuk Malaysia, selain dapat digunakan untuk menampung bekalan dalam negara,  mereka juga dapat membekalkan sumber tersebut pada skala yang besar kepada negara-negara jiran jadi sebab tulah bagi keladi rugi jika kita sebagai belia harapan bangsa "kononnya" tak nak  mencuba dalam bidang ini, jangan nak menyindir sesama sendirikan, mugkin ada alasan dan sebab mengapa kebanyakkan kita tidak memilih bidang pertanian sebagai kerjaya. Maaf ya, keladi tak kata tidak pada Malaysia, sekarang ni kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pun sudah mula memberi galakan yang lebih untuk kita sebagai belia menceburkan diri dalam bidang pertanian, banyak juga program yang dilaksanakan dan peruntukan yang telah dikeluarkan oleh kementerian tersebut dan, pastinya tak mustahil satu hari nanti produk pertanian daripada Malaysia boleh didapati di seluruh negara di dunia ni, dan ada antara kita pula yang menjadi pengusaha kepada produk tersebut, amin.

Keladi punya penulisan ni klise la, asik-asik cerita tentang benda yang sama, bila nak maju, dan bagaimana nak tarik rakan-rakan untuk menceburi bidang pertanian, rasa tak menarik kaedah yang digunakan dalam mempromosi bidang ini, bukan senang untuk menceburi bidang ni, memang lah kan boleh dirancang dan  perancangan tu pula punyalah cantik tapi hakikatnya bila nak melaksanakan cabarannya hanya tuhan saja yang tahu, kiranya bagi keladi kenapa kita susah nak terima pertanian sebagai kerjaya adalah kerana kita takut, kita tak boleh nak survive dalam bidang ini nanti, jika tak berjaya pula bagaimana untuk kita mengharungi hidup dalam zaman yang mencabar ni, hemmmm susah kan, dan takut juga pada kedudukan kita nanti, persepsi rakan-rakan kita apabila ditanya apa pekerjaan kau, kalo kita kata petani, confirm mereka pandang sebelah mata tapi hakikatnya sekarang ni segala pangkat dan kedudukan tu semua dah tak penting bagi keladi, apa guna ada status jawatan tapi bila pertengah bulan poket kering dan terpaksa berlapar perut untuk menunggu duit gaji hujung bulan, sendiri tanya sendiri jawab lah bro!! dan keladi tak nak komen lebih-lebih sebab diri ni pun masih makan gaji jadi kerana minat dan semangat dalam menanam pokok  lantaklah apa orang nak kata yang pasti  bidang pertanian mempunyai potensi yang besar, dan keladi pilih tanaman herba, kenapa herba? Korang kena baca artikel disini, dan keladi mula sebagai sambilan dulu, sebelum start dengan secara sepenuh masa.

Baiklah korang ya, izikan keladi salin dan tampal semula berkaitan topik kita pada entri ini, keladi ambil salinan daripada blog asiana-nusantara-herbs.blogspot.my, terima kasih kepada pemilik blog ya, jom kita baca serba sedikit tentang artikel tersebut,

Ramai yang tidak menyedari industri berasaskan herba berkembang pada kadar 30 peratus setahun, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pula menganggarkan seramai 4 bilion pengguna memilih untuk menggunakan herba sebagai rawatan alternatif kepada penyakit mereka. Di Eropah sahaja, nilai berasakan herba bernilai RM25 billion.
Pelbagai inisiatif telah dibuat oleh kerajaan Malaysia untuk mempromosikan pembangunan industri herba tempatan memandangkan potensinya yang amat cerah. Penjualan tahunan industri herba di Malaysia ialah RM 2 Bilion sementara pasaran  global untuk ubat-ubatan herba adalah USD 12 bilion atau RM 42 Bilion. Dalam Dasar Pertanian Ketiga Negara, tumbuhan ubat-ubatan telah dipilih sebagai salah satu komoditi  dengan memberi penekanan menjadikan Malaysia pusat pembangunan bahan-bahan mentah untuk kegunaan industri. 
Pembangunan industri herba di Malaysia pada ketika ini aktif mempromosikan tiga sektor utama ekonomi iaitu pertanian, pelancongan dan pembuatan. Pertumbuhan dalam industri herba sangat berpotensi untuk menambah pembangunan sektor pertanian dan perkilangan. Di Sabah, sebanyak 1250 spesies dianggarkan telah dikenal pasti nama saintifknya dan mempunyai nilai perubatan.
Tumbuhan ubatan ini digunakan untuk industri fitoperubatan, kosmetik, perasa, pewangi, farmaseutikal dan nutraseutikal. Pergerakan pasaran industri herba sedunia menunjukkan bahawa rawatan menggunakan herba telah memasuki kategori rawatan tambahan pada tahun 1970 hingga 2000. Ini menunjukkan masyarakat dunia telah menerima herba sebagai rawatan alternatif menggantikan ubat-ubatan moden yang kebanyakkannya berasaskan campuran bahan kimia termasuklah dadah perubatan.
Jadi, korang rasa rugi ke jika keladi membangunkan tanaman herba ni, adakah keladi akan mengalami kegagalan dalam memulakan projek ini, kita tengok nanti langkah seterusnya, harap korang terus ikuti perkembangan keladi ya.


Baca Selanjutnya »

24 Feb 2016

Permulaan untuk projek herba di www.herbahijaugarden.blogspot.my

Sejak dari dulu lagi manusia telah mengetahui tumbuhan yang hidup subur diatas muka bumi ini memberi kebaikan dan kelebihan pada fungsi tubuh badan kita, tetapi awas, bukan semua tumbuhan boleh dijadikan ubat, ada juga jenis-jenis tumbuhan yang beracun dan tidak sesuai dimakan serta berkemugkinan akan memberi kesan samping kepada tubuh badan kita jika tersalah ambil, tetapi tidak boleh mengatakan tidak tumbuhan jenis herba yang telah dikenali sejak dahulu lagi mugkin akan memberi peluang dan potensi untuk dibangunkan menjadi produk yang mempunyai nilai keuntungan yang tinggi dan sehingga kini, ramai juga yang telah mengambil peluang untuk mempromosikan dan mengkomersialkan tumbuh-tumbuhan jenis herba untuk dijadikan makanan tambahan kesihatan.

Hai, saya keladi, dalam entri ini keladi cuma nak memperkenalkan tentang projek yang akan keladi bangunkan di dalam blog ini, bagi keladi, mentor keladi dah kata, sekarang ni setiap perkara dalam kehidupan perlu dijadikan satu peluang untuk kita menjana keuntungan, mula-mula agak pening juga kepala saya, apa sebenarnya maksud mentor saya tu, bayangkan jika korang makan, perlu mencipta peluang keuntungan daripada aktiviti kita tu, entahlah bagaimana nak buat duit dengan makan, korang tanya daya pemikiran yang kreatif masing-masing, hanya dia yang boleh jawab, itu sebabnya, kerana minat keladi tentang bidang pertanian, dan hobi saya bercucuk tanam maka keladi gunakan kesempatan ini untuk menjana keuntungan, hihihihi jangan marah ya!!!, saya teruskan dengan projek saya ni, kiranya saya namakan projek ini sebagai "Projek Herba di www.herbahijaugarden.blogspot.my"

kenapa perlu www.herbahijaugarden.blogspot.my,

keladi buat projek ini di alam maya saja ke?

ataupun ia hanya sebagai kebun angan-angan di minda je.

Jawapannya, memang taklah keladi hanya berimpikan projek ini di alam maya saja, keladi memang minat berkebun,tetapi maklumlah kawasan rumah saya terhad, jadi mugkin keladi buat perlahan-lahan projek ini, yup...sebagai permulaan keladi buat blog ini sebagai peluang untuk mencari idea dan  berkongsi perjalanan keladi tentang projek yang diimpikan ini akan terlaksana.


Permulaan untuk projek herba di www.herbahijaugarden.blogspot.my
Menggunakan kawasan yang terhad dalam melaksanakan
projek herba di www.herbahijaugarden.blogspot.my

Permulaan untuk projek herba di www.herbahijaugarden.blogspot.my
Herba sangat bermanfaat untuk makluk di muka bumi ini,
biasanya keladi lihat pada kucing, ia akan menjijit-jijit pucuk
daun dan memuntahkannya semula,
tiada kajian yang khusus,
tapi keladi yakin, herba juga bermanfaat untuk makhluk tuhan yang lain.

Permulaan untuk projek herba di www.herbahijaugarden.blogspot.my
Cara penyamaian yang mudah, tak perlu membazir,
guna apa yang ada, mudah dan menjimatkan, gunakan kreativiti 

Permulaan untuk projek herba di www.herbahijaugarden.blogspot.my
Herba Rosmery, banyak manfaat, tak rugi untuk membelinya,
boleh diletakkan didalam rumah,
siapa kata orang duduk dibandar tak boleh bercucuk tanam,
 keladi beli RM 15.00, di Pasar Tani Kelana Jaya
Kenapa perlu pilih tanaman Herba ?

Banyak tanaman yang boleh dijalankan, tapi bagi keladi tanaman herba adalah tanaman yang mudah, mudah sangat ke, tak juga mudah, Herba boleh tanam di dalam pasu bunga, kotak-kotak polisterin yang tak digunakan, tin-tin kosong dan pelbagai medium yang bersesuai, jadi keladi fikir, langkah permulaan untuk memulakan projek pertanian ini adalah keladi pilih pokok herba. selain itu juga, semua orang dah tahu, herba ni ada nilai komersialnya, dan sekarang banyak permintaan sehingga pelbagai jenis herba dicari dan pelbagai produk berasaskan herba telah dibangunkan sebagai produk kesihatan, #jika ada rezeki keladi pun nak buat produk sendiri tau.

Tentang Projek Herba di www.herbahijaugarden.blogspot.my

Nama pemilik  : Keladi ( Mohd Nazir Bin Abd Aziz )
Alamat Projek : www.herbahijaugarden.blogspot.my / Kawasan keliling rumah,  Petaling Jaya
Permulaan Projek : 01 Februari 2016
Jenis Tanaman  : Herba yang boleh ditanam pada suhu biasa, di dalam blog pula, pelbagai jenis herba
Kos permulaan : Untuk Blog ( Tempahan ) - RM 80.00, untuk tanaman, RM 200- pembelian benih                                pokok herba dan biji benih, medium tanaman pula mengunakan bahan terbuang.

Objektif Projek
  • Mencari potensi  dan peluang untuk menjana pendapatan dalam tanaman herba
  • Berkongsi maklumat dan ilmu kepada orang ramai
  • Berkongsi maklumat dan pengalaman kepada mereka yang suka tentang tanaman ini.
  • Mempelajari lebih banyak tentang tanaman herba
  • Menjalankan kajian dan penyelidikan tentang pokok-pokok herba yang berpotensi untuk dijadikan produk
Matlamat Projek
  • Dapat menghasilkan produk yang menarik menggunakan jenama sendiri berasaskan herba.
  • Mencipta satu kelainan dan kreativiti dalam penanaman herba, walaupun tiada tempat untuk bercucuk tanaman
  • Memperluaskan perhubungan diantara rakan-rakan yang turut sama berminat dengan tanaman herba.
  • Memperluaskan lagi kemahiran untuk menjadi pengusaha tanaman herba yang berjaya.
  • Mampu buka kebun herba sendiri.
  • Menjual pelbagai pokok herba kepada orang ramai
Sebahagian maklumat yang boleh keladi kongsikan tentang projek ini, sebenarnya banyak lagi yang perlu keladi pelajari tentang penaman herba ni, sebab tu keladi buka blog, selain dapat berkongsi tentang perjalanan projek keladi, keladi juga dapat berkongsi info yang berguna kepada orang rama, mudah kata sambil menyelam minum air. 

Definisi Herba

Berdasarkan definisi yang diperolehi daripada wikipedia, herba bermaksud tumbuhan yang mempunyai nilai dari segi perubatan, khasiat makanan dan baunya. Herba digunakan secara meluas dalam masakan, perubatan dan kecantikan. Ia juga dikaitkan dengan rawatan akibat gangguan makhluk halus. Pada bahagian daun, kebiasaannya berwarna hijau digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang, namun bagi perubatan pula, penggunaan akar, bunga, kulit pokok dan bahagian lain lebih banyak digunakan, pada bahagian tersebut dikatakan lebih banyak zat dan nutriennya yang boleh dijadikan sebagai ubat untuk tubuh badan manusia. Secara kesimpulannya, hampir setiap orang menggunakan dan mengambil herba dalam kehidupan kini, tak kiralah herba yang mugkin dijadikan sebagai pelazat makanan ataupaun mengambilan produk herba sebagai makanan tambahan untuk kesihatan tubuh badan. Kadang kala, mugkin juga kita tidak sedar, apa yang digunakan dalam kehidupan harian adalah daripada bahan campuran yang menggunakan herba. Memang banyak manfat tumbuhan herba kepada kita, tetapi awas juga, ada yang memudaratkan jika diproses atau digunakan secara salah. Contohnya, Aloe Vera, didapati mempunyai banyak kebaikan jika kita mengamalkan meminum jus lidah buaya @ Aloe Vera, tetapi ia ada kesan sampingan kepada masalah perut jika terlebih mengambil bahan tersebut, dalam konteks ini, herba sepatutnya diproses dan digunakan berdasarkan standard piawaian penggunaan yang tepat.


Baca Selanjutnya »

22 Feb 2016

Pembukaan untuk Blog keladi yang baru

Hello semua, salam sehijau dunia, wahh, hijau dengan pohon herba yang penuh dengan khasiat tau!!

Baiklah, entri ini, cuma sebagai satu pengenalan untuk keladi di dunia herba, hihhihi, sebelum ini keladi telah menyibukkan diri dengan beraktif dalam dunia blog pada blog www.keladionline.com, keladi biarkan blog itu, tapi korang jangan lupa tau, follow blog keladi tu, www.keladionline.com, rugi tau, kat situ, banyak kenangan suka duka keladi belajar tentang ilmu blogger, dan yang paling korang akan menyampah nanti, blog keladi tu tak ada niche yang khusus, bercampur-aduk, hemmm apa ya istilah yang boleh dikategorikan pasal blog www.keladionline.com tu.......hihihihi 
"Caca Merba".


Tinggalkan dahulu cerita tentang blog keladi yang biasa je tu, dan sekarang keladi lahir semula dengan blog www.herbahijaugarden.blogspot.my , wahh banyaknya blog, boleh kejar ke nanti!!, 

taklah banyak cuma ada dua je yang official, dan yang tak rasmi memang tak boleh dikira, sangat banyak, 

kadang-kala, memang tak ingat aku da blog nih rupanya, hahhahaha, jangan marah ya, 

okey, 

cerita balik tentang blog herbahijaugarden oleh keladi ni, yang istimewa, keladi bawa kepada korang tentang dunia herba, sedaya mugkin keladi akan dapatkan maklumat tentang herba-herba yang terdapat di Malaysia, jadi rasa tak rugi nanti kalo korang "Follow Blog www.herbahijaugarden.blogspot.my, follow tau jangan tak follow, korang rasa bosan ke tentang blog keladi ni, tak payah nak bosan, korang follow je, yang pasti ada kebaikan dan maklumat yang akan keladi kongsikan untuk korang dan nanti dapat digunakan juga oleh korang, maaf keladi katakan, hidup skarang perlu kreativiti, jadi semua yang kita anggap membazir, mugkin akan jadi bernilai, #MR D.I.Y, tak payah nak berceloteh panjang, nanti korang akan bosan pula dengan blog ni, jom keladi ringkasan profil tentang blog ini, kiranya macam biodata lah ya, 

secara tak langsung korang boleh terus kenali blog www.herbahijaugarden.blogspot.my oleh keladi.


Biodata/ Kenali blog www.herbahijaugarden.blogspot.my


Nama               : www.herbahijaugarden.blogspot.my

Tarikh Lahir   : 07 Februari 2016
Usia sekarang  : 2 Minggu / baru nak belajar merangkak
Nama abang   : www.keladionline.com
Alamat            : Petaling Jaya, Selangor
Nama keluarga : Keladi Ubi
Nama Timbangan : Keladi
Warna diri      : Hijau pucuk pisang

Tentang saya : Hai saya blog www.herbahijaugarden.blogspot.my, saya baru je dilahirkan, blog saya ni, berkaitan pertanian tau, jadi semua berkaitan pertanian nanti saya nak ceritakan, yupsss, korang maaf saya akan banyak menceritakan berkaitan tanaman herba, sebab saya suka pokok herba, pokok herba banyak khasiat nya, dan pokok herba juga ada potensinya, selain mencantikkan kawasan sekeliling rumah, tanaman herba juga dapat memberi ketenangan diri kita, macam cas aura positif la kan, jadi saya minta korang terus follow blog www.herbahijaugarden.blogspot.my

#Gila ko keladi macam ni pun boleh buat

saja,je nak bikin gempak, entri ini bukan sia-sia tau, pengajarannya korang kena follow blog ini, dan terima kasih juga kepada yang sudi follow, bukan follow saja tau korang kena praktik kan ilmu yang keladi kongsikan juga. jadi sampai sini sajalah keladi berceloteh untuk memperkenalkan blog ini dan biar korang terus mengikuti blog keladi ini.




Baca Selanjutnya »

18 Feb 2016

Jenis-jenis pertanian di Malaysia

Pertanian oh pertanian, bosan betulkan, keladi ni tak habis-habis cerita pasal pertanian, al maklum lah, dah suka sangat dengan bidang ini, jadi tu yang wujudkan www.herbahijaugarden.blogspot.my, entahlah, untuk entry yang baru ni, biar keladi puas-puas cerita pasal pertanian, lepas tu barulah bukak topik yang sebenarnya, sebab apa nama blog ini keladi namakan  My Herba Hijau Garden.

Tak nak panjang lebarlah, untuk entri ini, cuma keladi nak share, jenis-jenis pertanian di Malaysia, jom terus baca perkongsian keladi,


Jenis-jenis pertanian di Malaysia

  1. Pertanian Pindah
  2. Pertanian kebun kecil (Sara Diri)
  3. Pertanian ladang
Pertanian Pindah

Kebiasaannya mereka yang menjalankan pertanian jenis ini adalah mereka yang berada di kawasan pedalaman seperti di kawasan pedalaman Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia. Pertanian ini menggunakan cara dan kaedah tradisional ( Kaedah primitif) seperti cangkul, tugal, kapak, parang, dan batang kayu. Hasil tanaman juga adalah untuk kegunaan sendiri ataupun sara hidup ,Contoh tanaman untuk pertanian pindah ni adalah seperti padi huma, keledek, sayur-sayuran dan buah-buahan. Kebiasaannya, mereka yang bertanian dengan kaedah pertanian pindah ni, akan bertukar kawasan setelah lama digunakan untuk tempoh tertentu, mereka akan mencari kawasan yang baru, lebih subur untuk bercucuk tanaman, dan kesannya kawasan tersebut akan menjadi belukar semula.

Pertanian Kebun Kecil / Sara Diri
  • Keluasan tapak 1-2 hektar
  • Diusahakan oleh ahli keluarga yang bermodal kecil
  • Paling luas diusahakan oleh petani di Malaysia
  • Permulaan tanaman adalah untuk sara diri dan selebihnya untuk dijual kepada penduduk tempatan
  • Menggunakan jentera-jentera kecil dan kemudahan pemperosesan serta pemasaran yang disediakan oleh kerajaan, masih ada yang mengamalkan cara pertanian tradisional
  • Tanaman yang ditanam seperti padi, buah-buahan, sayur-sayuran, dan jagung ( tanaman sara diri) serta tanaman dagangan seperti kelapa sawit, getah, lada hitam dan koko.
Pertanian Ladang/komersial
  • keluasnya melebihi 40 hektar
  • dijalankan secara besar-besaran oleh syarikat besar
  • Menanam tanaman dagangan seperti koko, kelapa sawit, getah, teh
  • Menggunakan tenaga buruh yang ramai, peralatan moden, racun serangga, baja urea, dan biji benih bermutu tinggi.
  • kebanyakkan hasillnya akan dieksport.
Baca Selanjutnya »

17 Feb 2016

Masalah dalam sektor pertanian di Malaysia

Boleh ke keladi isukan pasal masalah yang di hadapi dalam sektor pertanian di Malaysia,

Sebelum keladi bersembang panjang, kot ada yang tersilap tulis, mohon ampun dan maaf, sepatutnya yang boleh dijadikan topik adalah, masalah yang dihadapi untuk melibatkan diri dalam bidang pertanian, Bagaimana untuk kita semua menghadapinya?

Bagi pihak kerajaan, rasanya usaha yang berterusan ke arah memondenkan dan mengkomersialkan industri pertanian tidak pernah terhenti, pelbagai usaha dan pelaburan yang telah dilakukan bagi meningkatkan mutu dan kualiti hasil produk pertanian di Malaysia, setanding dengan negara-negara luar, seperti Thailand, selain itu juga, keladi nampak kerajaan juga sedaya upaya mengwujudkan peluang yang lebih luas terutama untuk golongan belia dalam bidang pertanian, kiranya, memang tak pernah terlupalah kerajaan dalam bidang ini, sehingga dalam penstrukturan bajet 2016 tu pun, kerajaan dengan idea bernasnnya telah mengwujudkan pasar belian terus hasil pertanian (Myfarm Outlet). Jadi, sebab itulah, keladi tak nak blame sangat kerajaan pasal tidak mengambil berat tentang kepentingan dan masalah yang dihadapi oleh mereka yang terlibat dalam bidang pertanian ini, maklumlah dulu-dulu bila cikgu bahasa melayu suruh buat karangan, dalam isi karangan tu mesti nak salahkan kerajaan pasal tak menitikberatkan soalan kepentingan rakyat, jadi didalam blog pulak dah tak boleh nak menyalahkan kerajaan tanpa usul periksa keladi oii!.

Bagi pihak kita semua, dalam melibatkan diri bagi sektor pertanian mugkin ada cabaran dan dugaan yang perlu dilalui, rasanya memang banyak, sampai tak terkata kot, nanti mesti ada yang mencelah mengatakan, "ala darah muda, tulah  buat sikit dah mengeluh, tak boleh tu lah, tak boleh ini lah, terus merungut tak tentu pasal lah, akhirnya, hanya tinggal idea dan angan-angan je lah. Tapi keladi harap sangat tak terjadi kepada keladi, minat dan harapan untuk terlibat dalam bidang ini, diharap bukan omong kosong dan bukan juga hanya dilukis diatas kertas aje, mesti dilaksanakan, keladi tinggal dulu ya, angan-angan dan impian keladi ni, yang nak ditekan adalah bagaimana untuk kita menghadapi cabaran untuk berada dalam industri pertanian negara, terutama golongan belia dan remaja, boleh dan sanggupkah kita menghadapi cabaran-cabaran tersebut?, jangan ditanya lagi keladi, bidang pertanian ni, memang berpotensi dan boleh diperluaskan, tetapi nak melibatkan diri dalam pertanian tulah yang menjadi masalah besar, terutama jiwa muda yang tiada kepakaran dan ilmu dalam pertanian. 

Jadi, Jom kita senaraikan, masalah yang dihadapi oleh golongan muda untuk menceburkan diri dalam bidang pertanian

  1. Tanah dan kawasan untuk memulakan projek : kebanyakkan golongan muda tinggal di bandar dan bekerja dibandar, jadi hartanah di bandar memang tak lah mampu untuk disewa untuk buat tapak projek pertanian tu, jadi pilihan yang terakhir, balik kampung tanam jagung, la bro.
  2. Minat dan semangat : yang ini memang sangat diperlukan, jika minat ada buat apa pun menjadi, kalo tiada minat, bagi berjuta-juta untuk modal pun belum tentu menjadi, persoalannya, bidang ini adakah bidang terakhir selepas permohonan kerja tidak diterima, kalo masuk bidang ini hanya nak tangkap muat je, confirmlah, projek tak menjadi, sekerat jalan, dan terus tinggalkan bidang ini, kalo tak minat tak boleh paksa bro.
  3. Modal permulaan : nak buat projek pertanian bukan mudah dan jenis tanam juga pelbagai, cuma kita perlu pilih jenis tanam apa yang boleh kita tanam, lepas tu, sudah tahu jawapannya, perlu fikir pasal modal permulaan, berapa banyak, dan boleh ke dapat pinjaman untuk buat projek tersebut, 
  4. Ilmu dan kemahiran : darah mudakan, dulu-dulu waktu budak-budak, datuk nenak kita selalu je pesan, rajin-rajin belajar, dah besar bila pandai belajar boleh kerja gomen, tak lah jadi penoreh getah, daripada situ dah satu kesilapan pemikiran mereka, sepatutnya, tak mengapa mereka melihat proses torehan pokok getah untuk mengeluarkan susu getah, mugkin ia satu ilmu baru bagi mereka, dan selepas itu, sepatutnya, atuk dan nenek kita kena cakap, tengok atuk bersusah payah menoreh, sebab tu ko kena belajar pandai-pandai, sudah besar, ciptakan satu teknologi canggih untuk memudahkan kami di dalam bidang pertanian ni, jadi sebenarnya, dalam situasi ini, anak muda perlu didedahkan dengan ilmu dan kemahiran hidup, supaya mereka akan lebih kreatif untuk memajukan bidang pertanian ke arah teknologi tinggi.
  5. Stigma masyarakat terhadap mereka yang menceburkan diri dalam bidang pertanian : biasalah kalo kita kata pekerjaan kita adalah petani, mugkin kita tak dipandang lansung, semacam je, tapi bila kita kata kerja ofis, confim, wahhh, kerja ofis tu, kalo kat FB tu, kiranya bertalu-talu, friend request masuk, hihihihi, tapi memang lagi dulu kot, yang orang bertani ni tak akan kaya, duduk la engkau dengan berpanas tu, aaiyooooo, stigma masyarakat perlu diperbetulkan, yang petani juga mampu menjadi jutawan.
  6. Sejarah hidup : Yup sejarah tak akan berulang, itu lirik lagu, yang ini memang realiti, dulu tengok hidup petani kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, jadi dalam hidup memang dah tertanam, bidang ini tak menjanjikan apa-apa pulang yang lumayan, jadi kita pun belajar bersunguh-sungguh supaya tak terlibat dengan pertanian, betul tak korang semua, sebab subjek pertanian ni kalo kat sekolah dulu, hanya untuk pelajar-pelajar yang malas je, tu yang memang realiti terjadi, apa yang berlaku sekarang ni, rata-rata golongan muda takut nak menceburkan diri dalam bidang pertanian, takut mengalami kemiskinan didalam hidup.
  7. Pemasaran : Yang ini pun boleh jadi juga, sebab bila dah tanam banyak-banyak, lepas tu nak jual kat mana, aduh, susahnya, makin susah jadinya, pemikiran kita terus memikirkan potensi penerimaan hasil pertanian yang kita tanam tu, kebiasaannya, hasil pertanian ni tak boleh tahan lama, jadi bila dah banyak stok tu, confirm harga akan turun, aduh hai, takutnya nak ceburi bidang pertanian ni.
  8. Psikologi diri, adakah bidang ini boleh memberi keutungan yang konsisten, yalah kan, jika makan gaji, confirm tiap-tiap hujung bula, dalam acc bank terisi, tapi bila bertani ni, confirm ke poket kita akan terisi selalu, itulah psikologi pemikiran yang ada dalam minda kita, betul tak korang?
  9. Tidak mahu mengambil tahu segala kemudahan yang telah disediakan oleh angensi kerajaan yang berkaitan, maka, mugkin mereka sering ketinggalan dan tidak mendapat faedah tersebut
Senarai tu, hanya sebahagian yang dialami oleh golongan muda untuk menceburkan diri dalam dunia pertanian, mugkin ada banyak lagi sebab, kenapa sehingga kini sebahagian golongan muda takut untuk menceburkan diri dalam bidang pertanian?

Pengalaman yang boleh keladi kongsikan kenapa saya takut sangat untuk memulakan projek pertanian penanaman koko, projek ini memang dah lama keladi rancang, daripada tahun lepas kot, tapi sampai sekarang satu pun tak jalan, jom keladi nak kongsi kepada korang semua sebab apa ya, tak mulakan projek yang gempak tu,
  • Kawasan penanaman : hemmm, betul tu, mana nak tanam kalo tak de tempat, takkan nak tanam dalam pasu kot, pokok koko tu, kat kampung pulak, tanah tu bukan hak milik bapa keladi, tetapi milik bersama, nama pada geran tu pun nama datuk nenek yang sudah meninggal, jadi takut pulak nak mengusik tanah tu, untuk buat projek tanaman koko
  •  Modal permulaan : nak buat apa-apa pun sekarang ni perlu modal permulaan, nak buat bisnes online sekrang ni pun dah tak ada yang free, kena bayar, jadi memang nak mula apa-apa pun perlu duit, kalo tak ada duit macam mana projek nak jalan, nak buat loan, aduhai, zaman ekonomi macam ni, ada ke bank yang boleh bagi pinjaman express.
  • Takut untuk bertindak: secara jujurnya, keladi masih ada perasaan takut untuk memulakan projek ini, masih ragu-ragu, boleh ke berjaya dalam projek ini, maklumlah, jika berhenti kerja nanti, susah pulak hujung bulan, nak kena bayar hutang lagi, sara hidup lagi, aduh, peritnya hidup ini.
  • Tiada ilmu dan kemahiran : yang ini memang tepat sekali, ada orang kata zaman teknologi, maklumat dihujung jari, ya lah, banyak sangat maklumat pun tak guna juga, hanya mampu membaca je, tindakkan tidak dilakukan, realiti sebenarnya berkaitan kaedah penanaman tidak dilakukan, bagaimana nak terima kemahiran penanaman koko, ilmu pula boleh je terima di mana-mana.
  • Semangat yang tidak konsisten: alamak, maaf lah ya, sejujur keladi katakan memang semangat tu akan hadir berkobar-kobar ikut masa, kadangkala ada masa memang semangat hilang, terus hilang dan patah hati nak ceburi bidang penanaman ini.
  • Kurang maklumat tentang kemudahan dan bantuan yang boleh dipohon dibawah agensi yang berkaitan, point yang ini sangat tepat, memang keladi tak banyak mengikuti maklumat terkini berkaitan geran dan bantuan yang boleh dipohon oleh keladi daripada pihak kerajaan.
  • Tidak mendapat sokongan dan batuan daripada mana-mana pihak, terutama keluarga, hemmmm yang ini perlu dirahsiakan, bagi keladi sokongan keluarga sangat penting terutama doa ibubapa, dan rasa mereka tiada halangan, jika betul-betul kita nak menjalankan projek ini, tapi, hemmm biarlah keladi simpan dulu, dan nanti tiba masa keladi kongsikan kepada korang ya.
Sampai sini jelah untuk artikel kali ini, maaf ya tiada gambar yang boleh dikongsikan kepada korang, nanti jika ada semangat lagi untuk menulis keladi sambung pula untuk perkongsian bersama.



Baca Selanjutnya »

16 Feb 2016

Potensi pertanian di Malaysia

Salam sehijau untuk dunia, herbahijau blog cuba untuk memaparkan ataupun membincangkan tentang dunia pertanian yang sememangnya satu potensi yang meluas untuk diterokai.

Baiklah keladi tak rasa nak bercerita panjang, ataupun nak bagi ceramah untuk korang yang sedang membaca artikel ini, cuma sebelum keladi nak berkongsi tentang potensi bidang pertanian kepada negara kita, keladi nak dahulukan tentang "Kepentingan sektor pertanian kepada negara",

Korang rasa, perlu ke pertanian ni?

Korang rasa, bagus ke menceburi bidang pertanian ni?

Korang rasa, ada potensi dan keuntungan ke dalam pertanian ni ?

Tapi,

Korang juga perlu fikir takkan lah nak bergantung bekalan makanan daripada luar negara je,

"lepas tu, asik-asik kata, buah daripada siam lagi baik, baka daripada siam lagi baik, entah apa-apa lagi berkaitan siam, lebih baik daripada bekalan yang ada di negara sendiri!".

Yalah kan, kita dah tak boleh nak kata tidak pada produk-produk keluaran yang dihasilkan di negara jiran tu, memang baik dan  produk pertanian negara kita pula jauh ketinggalan, tapi tak mustahil suatu hari produk pertanian keluaran negara kita juga setanding dengan produk mereka, Insyaalh,

Ehhh!, tercerita panjang pula, jadi apa kepentingan sektor pertanian kepada negara?
  1. Sumber bahan makanan untuk keperluan domestik rakyat, contohnya beras merupakan makanan rugi kita, jadi dengan perluasan tanah untuk  tanaman padi di negara kita, kita tidak perlu membelanjakan jumlah wang yang banyak untuk memperolehi beras kerana bekalan untuk beras mudah diperolehi dan tidak bergantung sepenuhnya kepada negara luar seperti Thailand. 
  2. Faedah paling dominan untuk sektor ini kepada negara kita ialah mewujudkan peluang pekerja kepada penduduk, kebiasaannya, penduduk desa terlalu mengharap pada bidang pertanian untuk sumber pendapatan utama, ibarat "kias pagi, makan pagi kias petang makan petang", tetapi kerajaan telah memikirkan cara bagaimana untuk mewujudkan lebih peluang kepada belia di desa untuk terus menceburkan diri dalam bidang pertanian dengan purata hasil pendapatan bulanan melebihi taraf kemisikinan, maka pelbagai insentif yang telah diberikan oleh kerajaan, dan pelbagai program yang telah dilaksanakan untuk mengkomersialkan hasil pertanian, supaya bidang ini dilihat berpotensi dan memberi peluang yang lebih luas terutama pada golongan muda.
  3. Sektor pertanian juga penting dalam membekalkan sumber bahan mentah kepada sektor ekonomi skunder dalam pemprosesan makanan. Hasil pertanian banyak digunakan dalam proses pengeluaran bahan makanan yang boleh dijadikan produk eksport. Contoh eksport hasil pertanian seperti kelapa sawit, koko, lada hitam, beras, dan sewaktu dengan yang lain, hehehehe.
  4. Teknologi dalam bidang pertanian dapat memacu industri baru  dalam meningkatkan pendapatan Negara, contoh yang boleh diambil, produk kecantikan, sekarang ini dapat dilihat produk kesihatan dan kecantikan mempunyai permintaan yang tinggi dikalangan pengguna, tidak mustahil dengan adanya R&D (Research and Development), kita dapat hasilkan produk-produk kecantikan yang berasaskan sumber alam semulajadi dan produk tersebut dapat dieksport ke seluruh dunia, selain itu, korang juga boleh lihat, jika banyak pusat-pusat penyelidikan dibuka untuk menjalankan kajian keatas benih dan baka pokok, maka sudah tentulah industri baru berasakan teknologi yang boleh digunakan dalam pertanian dapat  diwujudkan.
  5. Hubungan antarabangsa yang lebih harmonis dikalangan negara serantau, terus diwujudkan, hal ini kerana keperluan tenaga buruh untuk sektor pertanian mungkin tidak mencukupi dalam industri pertanian berbentuk komersial, bayangkan ladang yang besar tu, pengusaha pula menghadapi masalah dengan karenah pekerja tempatan, mugkin lebih parah anak tempatan yang kurang minat dengan sektor tersebut, maka buruh asinglah jawabnya, dengan kedatangan buruh tenaga asing daripada negara jiran yang mugkin sedang menghadapi kemelesetan ekonomi tu, secara tidak langsung negara telah membantu serba sedikit masalah yang dihadapi negara jiran dan hubungan diantara negara tersebut dan negara kita terus terjalin, mugkin kegiatan ekonomi seratau dapat digiatkan lagi dengan aktiviti perdagangan dua hala disebabkan hubungan yang baik diantara negara tersebut.
  6. kedaulatan makanan, ohhh ya, tidak boleh dilupakan sektor pertanian ini sangat penting tau, sehingga kerajaan telah melancarkan "Dasar Kedaulatan Makanan Negara", jadi apa yang dikatakan dasar kedaulatan makanan negara tu ?, merujuk kepada artikel yang keladi baca di Bernama online pada 28hb September 2015, DKMN tu merujuk kepada keupayaan negara dalam menghasilkan makanan sendiri dan tidak bergantung kepada bekalan makanan import.
  7. Dan yang lagi penting, keladi nak tambahkan point ialah, kegiatan pertanian adalah asas pembentukan ekonomi di Malaysia, terutamanya selepas era merdeka, yalahkan, zaman tu juga atuk dan nenek kita berhempas pulas dengan tenaga empat kerat dan berpanas serta berpeluh dengan bercucuk tanam untuk menyara keluarga, tetapi selepas revolusi perindustrian yang semakin maju dan berteknologi, bidang ini terus di pandang sepi oleh golongan yang lebih muda, dan akhirnya hanya tinggal golongan tua yang mengerjakan sektor pertanian, kini, rasanya tak lagi kot, sebabnya kerajaan kita tidak berdiam diri, mereka cuba sedaya upaya membawa bidang ini ke arah yang lebih maju dan berpotensi, terutamanya untuk golongan belia, seperti keladi, cehwahhhh, kononnya nak memuji diri sendiri!!!
Alamak, aku terceloteh panjang pulak, memang seronok untuk kita bercerita berkaitan bidang pertanian ni, sebenarnya, banyak point lagi yang boleh keladi tekankan , tapi biarlah bagi ruang untuk entri akan datang, nanti taklah keladi kekeringan idea untuk menulis.

Berbalik semula pada topik yang sebenarnya keladi nak cerita adalah "Potensi pertanian di Malaysia",

korang rasakan adakah Malaysia akan terus maju jika kita bergantung sepenuhnya pada bidang pertanian?

Bagi keladi rasanya, tak perlu jawab ada soalan yang dikira sangat mengarut tu, tapi korang kena layan soalan seperti ini 

Adakah bidang pertanian boleh maju bersama-sama bidang yang lebih menjadi tumpuan kepada negara? 

Jawapannya, "jika rajin ada peluang jika malas ada alasan", dan yang lagi baik, negara terus 100% bergantung kepada tenaga belia tempatan untuk terus melihat bidang pertanian di Malaysia akan menjadi lebih maju dan setanding teknologi pertanian di negara Thailand  ataupun negara-negara lain yang lebih maju dalam bidang pertaniannya.

Potensi pertanian di Malaysia, secara ringkasnnya, yang boleh keladi katakan, bidang pertanian mampu membuka peluang yang lebih luas terutamanya kepada belia di Malaysia, jika kita sanggup untuk belajar dan mencari ilmu dalam memodenkan industri pertanian di Malaysia ini, tidak mustahil bidang yang dilihat kotor dan panas ni, mampu mewujudkan kerjaya yang lebih berprofil tinggi. Lepas tu juga, korang boleh menilai semula, sekarang ni zaman kemelesetan ekonomi, barang import lebih mahal harganya, dan menyebabkan inflasi terus tak terkawal, gara-gara barang dan bahan yang diperolehi daripada luar negara terlalu mahal, jadi cuba fikirkan dan menggunakan tenaga serta peluang yang ada untuk melaksanakan dan menjayakan bidang pertanian, maka Malaysia tidak lagi akan terhimpit dengan masalah untuk mendapatkan hasil-hasil bahan ataupun produk pertanian daripada negara luar kerana, negara kita juga mampu untuk menghasilkan sendiri, dan harga barang akhir juga tidak akan terikat dengan harga di pasaran luar.

Siapa yang tak suka bro,

Bidang pertanian juga boleh mewujudkan peluang perniagaan, terutamanya untuk graduan-graduan baru yang sedang mencari kerja tu, kalo dulu-dulu, ada orang kata, graduan balik kampung tanam jagung, akhirnya tumbuh anggur, tapi kini graduan jangan menyesal, jika balik kampung ada tanah, usahakan tanaman jagung secara komersial, dan berjaya dalam penanaman tersebut, cuba buat penyelidikan untuk penanaman anggur di suhu biasa, mugkin jika berjaya, istilah tumbuh anggur tu akan terhasil dan mugkin boleh di jual ke pasaran domestik, jika ada lebihan kenapa tak gunakan potensi media sosial untuk memasarkannya ke seluruh dunia.

Agensi kerajaan seperti FAMA, telah banyak mempergiatkan industri ini, dari segi potensi pemasaran produk pertanian negara, mugkin selama ini, hasil pertanian hanya dijadikan produk makanan segar dan tidak boleh disimpan lama, tapi kini, dengan teknologi pembungkusan dan pelebelan yang lebih menarik dan inovatif, produk tersebut boleh dipasarkan untuk pasaran yang lebih luas, contohnya, ubi kayu, kalo dulu di kampung, emak keladi biasa akan rebus dan makan diwaktu petang bersama sambal tumis petai, dan bila tiba raya, boleh buat kerepek ubi, tapi kini, dengan pembungkusan yang lebih menarik, produk tersebut boleh dipasarkan sebaris dengan produk kerepek kentang yang dikeluarkan oleh negara luar.

Jadi, Kenapa tak nak pilih pertanian bro untuk nak majukan diri?

Panjang pulak entri yang keladi tulis kali ini, bukan geram, tetapi, semangat untuk memajukan sektor pertanian terus membara, ahhahhah, mesti korang nak tau, apa projek pertanian yang keladi akan buat untuk sama-sama menyahut saranan kerajaan untuk mendaulatkan makanan negara, yang pasti korang perlu terus ikuti blog ini, keladi akan kemaskini projek yang menjadi impian keladi tu di dalam blog ini, tunggu tau, 

"Bro, Jom sama-sama turut serta dalam mendaulatkan makanan negara, jangan kata tak ada kerja kat Malaysia ni, Bro ko tu bijik, lepasan universiti, otak pun Fresh, jom lah fikir untuk memajukan bidang pertanian di Malaysia, nanti tak lah kita terlalu bergantung kepada negara luar, asik-asik cakap, buah siam lagi baik, baka siam lagi baik, bila la kita nak cakap buah Malaysia lagi baik baka Malaysia lagi baik"
Baca Selanjutnya »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Herba Hijau Garden Copyright © 2016. Designed by Keladidesign